Thursday, 24 November 2011

memory made me a person

Kehidupan ini 
ditomahkan begitu 
menegakkan begini 
difitnahkan begitu 
mengendahkan begini
Dalam kesedaran 
mati bukan untuk dihajati 
Dalam kesedaran 
dosa meminta mati 
SABAR itu dawai hati 
IMAN itu penyejuk diri 
simpan untuk mengharungi hidup insani
        nebiebayumega

Kenangan banyak mengajar aku.Masing2 ada pengalaman yang mengubah hidup.Pengalaman akan menjadi memori tidak kira pahit manisnya tetap kita ingat sampai bila2.Tanpa sedar pengalaman tu jadi ingatan kepada setiap titah.Aku tidak sesal banyak pengalaman pahit yang dikirim-Nya kerana pengalaman mengajar sampai aku menjadi aku.Pengalaman jadi pengajaran.Bukan hanya dari kita tapi juga dari orang lain kerana pengalaman juga untuk dikongsi dan akan membuatkan kita berfikir luar kotak bahawa kita manusia bertuah dan masih ada yang menerima kepahitan lagi perit dari yang pernah dirasa.sabar dan iman menjadi pemerhati.Pahit dan manis tetap jadi kenangan.Simpan 'nota' kenangan hari ini dan semalam untuk menjadi rujukan esok dan kamu akan menjumpai diri kamu.